Rupanya Ramai Tak Tahu Simbol Pada Remote Aircond Ini Boleh Jimatkan Elektrik!

Cuaca di Malaysia sangatlah panas. Walaupun teriknya di siang hari namun sampai ke malam kita masih boleh merasai bahangnya.

Jadi Bagaimana untuk menyejukkan ruang dalam masa yang sama anda masih boleh berjimat? Sebenarnya remote aircond boleh membantu anda

Sejukkan suhu bilik

Sehubungan itu, anda digalakkan untuk berada di tempat yang redup dan jika rumah anda memiliki airc0nd, boleh gunakannya dengan berhemah.

Tetapi untuk mengelakkan pembaziran elektrik, anda perlu tahu setiap fungsi dan mode semasa yang sesuai untuk anda gunakan.

Kenali dry mode dan co0l mode

Pengguna biasannya terkeliru dengan perbezaan antara dry mode dan cool mode.

Jika pada alat kawalan jauh menunjukkan lambang titisan air, ia bermaksud dry mode. Manakala jika lambang yang ditunjukkan adalah empingan salji, ia adalah cool mode.

Untuk penjimatan tenaga yang efisien, anda digalakkan untuk menggunakan dry mode kerana untuk mod ini, kompresor tidak berlari pada kadar maksimum untuk menyejukkan ruang.

Sens0r juga akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana nyaman dengan kadar kelembapan sebanyak 60% sahaja dalam ruang udara.

Semoga bermanfaat

 

Advertisement

(Visited 481 times, 1 visits today)

Leave a Comment