Makanan yang Berpotensi Untuk Membunuh Anda atau Membuatkan Anda Sakit Jika Anda Tidak Berhenti Mengambilnya

Walaupun badan kita diibaratkan seperti mesin yag dicipta untuk menghadam keseluruhan makanan, malangnya, realitinya ialah makanan kita sebenarnya dipenuhi dengan lebih banyak makanan yang diproses berbanding makanan organik. Bahan tambahan seperti pengawet, garam dan gula berlebihan boleh menambah bebanan tidak perlu di dalam badan kita, menyebabkan kita lebih sukar untuk menghadam makanan. Contoh terbaik ialah, sesetengah makanan sebenarnya meningkatkan kita kepada risiko untuk mendapat penyakit kanser.

Perkara menjadi bertambah buruk dan menambah kekeliruan yang sedia ada, apabila terdapat sesetengah makanan dilabelkan sebagai ‘makanan sihat’ walaupun pada realitinya adalah tidak. Jadi sekiranya anda sedang memulakan perjalanan ke arah gaya hidup yang lebih sihat, pastikan makanan-makanan ini tidak termasuk ke dalam menu anda.

1. Ikan Salmon

Ikan Salmon adalah sumber penting untuk Asid Lemak Omega-3, dimana ia amat diperlukan untuk membina minda yang kuat. Namun begitu, ikan yang diternak mungkin akan mendatangkan bahaya. Ikan-ikan tersebut berenang di dalam kolam besar yang penuh dengan antibiotik, di mana akhirnya akan mengakibatkan kanser pada manusia, apabila diambil dalam kuantiti yang banyak. Elakkan diri daripada makan ikan salmon dalam tin, dan juga yang diternak, sebaliknya pilih lah ikan salmon yang betul-betul hidup di habitat semulajadinya.

2. Semua Ikan yang Diternak

Walaupun ikan adalah sumber yang bagus untuk Lemak Asid Omega-3, ikan yang diternak terutamanya yang datang daripada negara China, sebenarnya boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan anda. Sesetengah kolam yang menempatkan ikan ternakan amat penuh dengan bahan kimia bersifat karsinogenik, disebabkan proses penternakan tersebut. Ianya bagus sekiranya anda mengehadkan pengambilan ikan yang diternak iaitu cuma sekali dalam 2 bulan, tetapi lebih bagus jika anda boleh mendapatkan ikan segar yang hidup dalam habitat semulajadinya.

3. Ikan Dalam Tin

Sekurang-kurangnya terdapat dua perkara yang patut anda bimbangkan apabila anda memilih untuk makan ikan dalam tin. Pertama, kandungan merkuri. Ikan air tawar terdedah kepada kandungan merkuri yang tinggi, jadi pengambilan ikan ini dengan kerap akan membuatkan anda terdedah kepada bahan kimia yang bahaya. Kedua, kandungan garam yang juga sangat tinggi dan berlebihan!

4. Racun perosak/Sayuran/Sayuran Akar/Kentang

Jika anda berbelanja barangan runcit di pasar raya, kebarangkalian yang ada adalah, anda akan menjamah makanan yang mengandungi bahan kimia yang ‘sukar-disebut’ setiap kali anda menghidangkan makanan. Racun perosak dalam kuantiti yang besar boleh mendatangkan bahaya kepada manusia. Kesan-kesannya adalah seperti sakit perut, cirit-birit dan kecelaruan minda. Anda boleh mempertimbangkan untuk mula menanam sayuran anda sendiri di kebun belakang rumah anda atau mungkin anda boleh mendapatkan sayuran ini daripada petani organik.

5.Pisang

Sesetengah individu bimbang bahawa Makanan Terubah Suai Genetik (GMF atau GMO) akan mendedahkan mereka untuk mendapat penyakit kanser. Walaupun tiada lagi kajian yang benar-benar membuktikan terdapat kaitan antara GMF dan peyakit kanser, kepercayaan itu telah membuatkan orang ramai untuk berhenti daripada terus mengambil bahan makanan yang diternak berskala besar, dan lebih memilih untuk mengambil makanan organik. Jika anda lebih gembira dan berpuas hati dengan makanan organik daripada makanan yang ditanam dengan bahan kimia tambahan, iya tentu sekali, anda harus berpegang pada pilihan itu.

6. Produk Kentang yang Diproses (Keropok Kentang, Kentang Goreng)

Kentang dalah sumber karbohidrat yang sangat berguna sekiranya disediakan dengan cara yang betul. Keropok kentang, malangnya bukan merupakan snek yang sihat. Faktor utamanya adalah berkaitan dengan lemak trans dan garam yang terdapat dalam setiap kepingan keropok ini. Dan kita juga akan ketinggalan satu fakta jika kita tidak menyebut tentang perasa tambahan yang membuatkan kepingan snek ini terasa rangup dalam mulut anda.

7. Kuning Telur

Walaupun telur sangat kaya dengan kandungan kolesterol LDL (kolesterol baik) dan protein, kuning telur sebaliknya pula kaya dengan lemak tepu dimana ia boleh menyebabkan kenaikan tahap kolesterol. Dan seperti yang kita ketahui, semakin tinggi kolesterol, semakin tinggi risiko untuk kita mendapat penyakit jantung. Oleh itu, sebelum anda menambah telur ke dalam menu salad anda, pastikan anda membuang kuning telur dahulu.

 

 

 

 

 

Advertisement

(Visited 235 times, 1 visits today)

Leave a Comment