Kalau Jumpa Lipan Di Rumah, Ini Maksud Sebenar Yang Ramai Tak Tahu

Semua orang kalau sebut ada lipan dalam rumah mesti takutkan? Lebih-lebih lagi lipan bara. Tengok pun dah meremang bro! Tak kIsahlah samaada kecik atau besar, Kalau nampak je mesti tak fikir panjang  terus bunvh kan?

Lipan atau dalam bahasa Inggerisnya Centipede memang sangat berbisa walaupun racunnya belum boleh dikategorikan tahap membunuh buat manusia .Tapi di ingatkan bagi kanak-kanak bawah 5 tahun atau warga emas yang dis3ngat lipan, segeralah bertemu doktor.

Dengan berbekalkan ‘Forcipules’ ; dua kaki depan yang bentuknya seakan penyepit, lipan akan menyuntik bisanya ke badan mangsa sekiranya rasa terancam. Tapi kalau admin lah. Kalau tahu ada lipan dalam rumah ,admin rasa admin lagi terancam!

Berbalik pada t0pik kita , mengapa boleh ada lipan dalam rumah?

Mengikut satu kajian, lipan hanya akan merayap ke tempat yang ada sumber makanan untuknya. Contoh-contoh makanan lipan adalah anai-anai , lipas , lalat dan labah-labah. Jangan terkejut. Jadi kalau ada benda ni kat rumah korang, paham2 lah kenapa boleh ada lipankan?  Jadi apa kata kita ambil pendekatan terbaik , Elakkan kehadiran lipan dengan memastikan rumah anda bersih dan  bebas dari serangga-serangga perosak di atas terutamanya dalam bilik air dan kawasan lembap.

Selamat mengemas dan Selamat menghalau lipan

kredit buzzkini, karteldakwah

Advertisement

(Visited 968 times, 9 visits today)

Leave a Comment